Selasa, 1 Mac 2011

mancing di kolam siakap kemaman

25 haribulan yg lalu, ambe telah ke kemaman untuk trip mancing di kolam siakap. kedudukan kolam ini adalah di kampung bukit mertok, kemaman, terengganu darul iman. perjalanan ke sana jika dari kajang mengambil masa lebih kurang 6 jam. ok sekarang ambe nk critekan pengalaman ambe sepanjang berada di kemaman.

ambe bertolak dari kajang pada pukul 8.30 mlm dan tiba di kemaman pada pukul 2 pagi. tiba di sana ambe telah bermalam di rumah bapa angkat ambe (pak hasin) yg juga menjadi tokong dlm pemburuan siakap kolam di sana. pemburuan siakap kolam bermula pada pukul 4 petang di mana bayaran untuk memancing di kolam itu adalah rm10, 1 jam dan maksimun adalah 3 jam. jadi bayaran semua adalah rm30 utk 3 jam tidak termasuk umpan. umpan yang dibenarkan digunakan dikolam itu adalah umpan asli, umpan tiruan(rapala) tidak dibenarkan. umpan busuk juga tidak dibenarkan. di kolam berkenaan disediakan juga umpan hidup iaitu udang hidup. harga seekor udang hidup adalah rm1.00 seekor. selain umpan hidup, umpan seperti udang mati dan juga selayang boleh digunakan dikolam ini.

setelah menyediakan umpan yang sesuai, ambe pun memulakan acara memancing. ops..... disini ambe ingin memberitahu sedikit tip yang boleh digunakan ketika memancing di kolam siakap. di sini dibenarkan tiga cara memancing sahaja iaitu cara casting umpan mati (udang dan jga selayang), cara tenggelam dan juga pelampung. ketiga-tiga cara ini membuahkan hasil.

spesies ikan yang ada dikolam ini adalah siakap sahaja tidak seperti kolam air masin yang lain. anggaran berat ikan yang dilepaskan ke dalam kolam ini adalah sekitar 3-8 kilogram cukup untuk menguji kemahiran anda..

di kolam ini juga disediakan kemudahan lain seperti tandas, pondok bertedup, dan juga kedai makan. berbalik kepada pengalaman ambe hari tu setelah 2 jam menunggu, joram ambe mendapat reaksi yang cukup ganas. ambe sempat layan sehingga siakap berkenaan muncul di permukaan air tetapi sayang tali perambut putus. di anggar berat ikan berkenaan seberat 5 kg. huuu....besar tuh... lepas itu cuba lagi... tunggu punya tunggu terus x dapat.... cukup tiga jam, ambe n pak hasin pun apa lagi.... blah ler.......

okey cau dlu......